Hafiz Rayyan case

Muhammad Hafiz Rayyan, is a 24-year-old, Malaysian netizen, who has been vocal about his criticism against PM Najib and the current government on his Twitter account @hafizrayyan. He has more than 40,000 followers and would periodically tweet his criticisms and opinions.

On April 8 around 11 am, about eight to nine police officers and people from the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) went to his father’s house without informing him. They arrested him without a warrant and confiscated his iPhone 5S from him.

Hafiz gave his statement in a press conference with Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) on April 17 and related his terrible experience when he was brought to a police station in Klang. He said, “I was informed by them that I would be investigated under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 regarding two of my tweets which had criticized Prime Minister Datuk Serii Najib Tun Razak and Umno. In one of my tweets, I also said that we should give Datuk Seri Anwar Ibrahim a chance to govern.” These are the alleged condemning tweets:

\"\"

Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 criminalises the use of network facilities or network services by a person to transmit any communication that is deemed to be offensive and could cause annoyance to another person. During his custory, he was not given a chance to contact any lawyer and was forced to give a statement without the presence of his lawyer. He also said that the authorities forced him to give them access to his Twitter account, @HafizRayyan along with his password.

After 4 hours, he was released and find out that MCMC has change his Twitter account password and email address. SUARAM then help Hafiz Rayyan and held a press conference meeting on April 17, 2018 and give a warning to Malaysian netizen to stop the MCMC misuse of power.

SIDANG MEDIA (17 April 2018)

HENTIKAN SALAH GUNA KUASA SKMM

Nama saya Muhammad Hafiz Rayyan. Saya adalah seorang rakyat Malaysia berumur 24 tahun.

Pada 08 April 2018, pada lebih kurang pukul 11 pagi, sekitar 8 – 9 orang anggota polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah datang ke rumah bapa saya tanpa memaklumkan kepada saya terlebih dulu. Mereka telah menahan saya tanpa waran dan mengambil telefon bimbit saya iaitu peranti jenis iPhone 5s.

Saya kemudiannya di bawa ke balai polis berdekataan iaitu di Klang.

Saya telah dimaklumkan baha=wa saya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berkenaan dengan 2 ciapan saya yang telah mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengatakan bahawa kita harus memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang tampuk kuasa.

Pihak berkuasa tidak memberi peluang kepada saya untuk berunding dengan peguam dan percakapan saya telah diambil tanpa diiringi peguam. Pihak berkuasa juga telah memaksa saya memberikan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) bagi akaun Twitter saya, @HafizRayyan.

Selepas 4 jam ditahan saya telah dibebaskan. Namun demikian saya mendapat tahu bahawa mereka telah menukar kata laluan dan e-mel bagi akaun Twitter saya.

Saya tidak dapat mengakses akaun Twitter saya sehinggalah saya membuat permohonan kepada Twitter untuk mendapat semula akses kepada akaun saya.

Saya telah mendapat nasihat daripada peguam saya dan telah dimaklumkan bahawa pihak SKMM tidak mempunyai kuasa untuk merampas akun Twitter saya dan menafikan saya akses kepada akaun Twitter saya yang mana saya merupakan pemilik akaun tersebut. Perbautan mereka ini melangkaui bidangkuasa mereka.

Saya percaya bahawa tindakan ini telah diambil kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan ciapan saya yang mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri dan condong menyokong pembangkang. Walaupun saya bukan ahli politik, saya mempunyai bilangan pengikut Twitter yang ramai dan ciapan tersebut telah mendapat sambutan ramai.

Tujuan saya membuat sidang media ini adalah untuk mendedahkan kepada umum tentang apa yang berlaku kepada saya. Saya khuatir menjelang hari pengundian kita akan menyaksikan lebih banyak insiden seperti ini, di mana rakyat biasa diambil tindakan kerana mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri.

Saya akan mendapatkan nasihat lanjut daripada peguam saya sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.